27 April 2011

22 April 2011, KFC PJ Hilton

Salam,

Pada 22 April bertempat di KFC, Petaling Jaya, telah diadakan satu meeting antara committee Program Diskusi Intelek Masa Hadapan. Turut hadir ialah Mr Tower Alang, Alumni SMSAH. Misi utama, adalah cuba mendapatkan budget daripada Persatuan ALUMNI SMSAH bagi program ini. Selain daripada itu pengarah setiap bahagian telah membentangkan progress dan perkembangan terbaru. Beberapa isu penting telah dibincangkan dan mendapat 
persetujuan bersama


1. Pengangkutan pergi dan balik akan ditanggung sendiri

Kalau nak arrange gerak dari mana, boleh berhubung dengan Mr Afiq (Mache)

2. Penginapan akan ditanggung (probably di Taman Siswa). Penginapan 2 malam iaitu pada malam hari Jumaat dan Sabtu. Pertanyaan sila hubungi Mr Nazirul

3.Makanan akan ditanggung pada hari Sabtu sahaja. Merangkumi sarapan, minum pagi, makan tengahari dan makan malam.

4.Pakaian pada hari Sabtu adalah formal:
           
Lelaki: Seluar slack dan berkemeja.
Perempuan: Baju Kurung/ Seluar slack dan berkemeja

(Diharapkan semua dapat beri perhatian dan kerjasama terutama mengenai pakaian. Tidak memakai T-Shirt dan Jeans pada hari Sabtu)

Pada hari Ahad, sekiranya ingin berjumpa dengan guru-guru atau berada dalam kawasan sekolah, sila berpakaian kemas (formal/semi formal). Jeans tidak dibenarkan dikawasan sekolah.

5.Sijil akan diberikan oleh pihak kepada fasilitator :)

6.Mr Tower Alang akan datang juga pada program ini. Beliau adalah penasihat bagi program ini, disamping men’sponsor’ buku nota, fail dan pen. Terima Mr Tower bersusah payah mencari sponsor untuk kami.

7.Dimaklumkan, buat masa ini, Naib Presiden Persatuan ALUMNI SMSAH iaitu Naib Chancellor UUM- Prof Dato’ Dr Mohamed Mustafa Ishak akan turut hadir pada sesi perasmian. (Minta kawan-kawan dapat hadir tepat pada masa dan berpakaian formal)

8.Update berkaitan slot jurusan, biasiswa dan institusi akan dibuat dalam masa terdekat.

9.Termasuk juga berkaitan sukan dan ice breaking.


10. Muhammad Fiqrullah akan menggantikan Pengarah Sukan.


11. Ketua bagi bahagian Ice Breaking adalah Mr Ash'aari (Baie) 


Sekiranya terdapat apa-apa cadangan dan masalah sila berhubung dengan MT atau pengarah bahagian berkenaan.


Sekian. 

No comments:

Post a Comment