29 March 2011

Jenan 06

Salam.



'Batch 0206' atau lebih dikenali sebagai 'Explode Generation' adalah merupakan persatuan bekas pelajar SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL HALIM, Jitra, Kedah @ Jenan.

Exploders mula menjejakkan kaki ke SMSAH pada tanggal 12 Januari 2002, dan menamatkan pembelajaran di sekolah pada tahun 2006. Namun kini, Explode Generation turut sinonim dengan panggilan 'Jenan 06'.

Walaupun ahli-ahli batch sudah masing-masing membawa haluan sendiri dalam pelbagai bidang samada di institusi pengajian awam mahupun swasta, atau pelbagai bidang pekerjaan, namun begitu, ahli-ahli batch kerap mengadakan perjumpaan dan aktiviti bersama-sama. Biarpun sibuk dengan urusan perihal hidup masing-masing, batch ini masih bersatu.

Oleh kerana itu, telah diwujudkan blog bagi merakamkan segala memori yang ada. Sebelum ini, telah diwujudkan sebuah blog iaitu The Exploders. Oleh kerana telah dilakukan pengubahsuaian dan penambaikan, blog Jenan 06 diwujudkan. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog The Exploders.

Intipati utama blog ini adalah bagi memuatkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, mengadakan notis atau pemberitahuan tentang aktiviti-aktiviti terbaru, mendapatkan pendapat dan idea ahli lain, dan menjual barangan SMSAH yang produknya dikeluarkan sendiri oleh batch ini.


Sebarang idea, pertanyaan, update berkaitan perjumpaan , sila email kepada jenan0206@gmail.com untuk di masukkan ke dalam blog ini.


Sekian.
Blog Author

No comments:

Post a Comment