Showing posts with label Jenan 06. Show all posts
Showing posts with label Jenan 06. Show all posts

06 April 2011

Memori


Salam,

Oleh sebab sebelum ni tak ada satu laman blog yang memaparkan aktiviti-aktiviti Jenan 06 yang lepas, jadi entri ni cuba memuatkan semua aktiviti yang pernah diadakan.

Mungkin bukan semua dan tak ada detail yang rapi, namun diharapkan dapat merakamkan kenangan members of 06. 

1) Kanak-kanak 06 suka memanjat bukit Broga, agar sihat tubuh badan.




2) Sekitar majilis buka puasa di Putrajaya, main futsal pada waktu malam dan makan tengah malam ni Village View, Kajang







3) Kan dah kata, mereka gemar panjat Broga. Mungkin ada lagi edisi ke 3, ke 4 dan selanjutnya yang kita tak dapat kesan gambarnya dimana.



4) Gambar-gambar ketika Futsal Alumni SMSAH 2010





\

5) Gambar ketika perkahwinan Mr Farid a.k.a Besut. Orang pertama kahwin dalam Batch 06!




Gambar, credit kepada: Encik Dungun.

nota: siapa ada gambar-gambar lain atau apa-apa entri yang ingin dipaparkan sila emailkan kepada jenan0206@gmail.com

SEMOGA KITA BERKESEMPATAN MERAKAMKAN MEMORI BERSAMA SEPANJANG HAYAT.

5 tahun bersama, kita umpama saudara antara satu sama lain, sematkan kenangan yang indah, hilangkan segala dendam dihati. Semoga Allah merahmati dan memberkati ukhwah ini. 

As we go on, we remember
All the times we had together
And as our lives change, from whatever
We will still be, friends forever

29 March 2011

Jenan 06

Salam.



'Batch 0206' atau lebih dikenali sebagai 'Explode Generation' adalah merupakan persatuan bekas pelajar SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL HALIM, Jitra, Kedah @ Jenan.

Exploders mula menjejakkan kaki ke SMSAH pada tanggal 12 Januari 2002, dan menamatkan pembelajaran di sekolah pada tahun 2006. Namun kini, Explode Generation turut sinonim dengan panggilan 'Jenan 06'.

Walaupun ahli-ahli batch sudah masing-masing membawa haluan sendiri dalam pelbagai bidang samada di institusi pengajian awam mahupun swasta, atau pelbagai bidang pekerjaan, namun begitu, ahli-ahli batch kerap mengadakan perjumpaan dan aktiviti bersama-sama. Biarpun sibuk dengan urusan perihal hidup masing-masing, batch ini masih bersatu.

Oleh kerana itu, telah diwujudkan blog bagi merakamkan segala memori yang ada. Sebelum ini, telah diwujudkan sebuah blog iaitu The Exploders. Oleh kerana telah dilakukan pengubahsuaian dan penambaikan, blog Jenan 06 diwujudkan. Blog ini adalah kesinambungan daripada blog The Exploders.

Intipati utama blog ini adalah bagi memuatkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, mengadakan notis atau pemberitahuan tentang aktiviti-aktiviti terbaru, mendapatkan pendapat dan idea ahli lain, dan menjual barangan SMSAH yang produknya dikeluarkan sendiri oleh batch ini.


Sebarang idea, pertanyaan, update berkaitan perjumpaan , sila email kepada jenan0206@gmail.com untuk di masukkan ke dalam blog ini.


Sekian.
Blog Author