Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

01 April 2011

Futsal Alumni SMSAH 2011

Salam, 

Pada 26 Mac 2011 bertempat di De Stadium Futsal USJ19 telah berlangsung satu acara tahunan Alumni SMSAH iaitu: Futsal Alumni SMSAH 2011

Sebanyak 49 team futsal telah menyertai perlawanan Futsal ini dan Jenan 06 telah menghantar 2 team.

1 daripada team berjaya hingga ke peringkat suku akhir dan 1 lagi team tewas di peringkat group. 



Sebahagian dari girls Jenan 06 yang hadir. 

Boys

Hero Part 1

Hero Part II




Selepas tamat perlawanan futsal, kesemua ahli batch yang hadir telah pergi ke Restoran Darusalam untuk makan 'tengahari'. *Arham belanja Nasi Lemak Ayam*. Bayar zakat jual sari katanya. Thank you Pa'am!

sementara menunggu makanan sampai. 

makan


Akhir kata, semua yang hadir telah menyemarakkan lagi event kali ni. Terima kasih sebab sudi hadir dari utara ke timur, barat selatan, barat daya, dll dan meluangkan masa bersama-sama. Semoga dengan adanya event begini, hubungan ukhwah yang ada tetap terjalin sampai akhir hayat.  Kepada kedua-dua team yang bertanding, tahniah dan cuba lagi tahun depan!:) 

Korang semua the boom! 

Kalau ada sumur diladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

****
Makan sejemput rasanya kelat,
Pergi ke Banting,membeli gula,
Adat hidup bertegang urat,
Apa yang penting, bersatu semula.

Gambar tentulah hak milik Mr Shafiq Za'abar. Boleh x jadi photographer rasmi batch 06? :D
2 keping gambar milik Faizul Khairi (senior)

30 March 2011

4 Mac, Sunway

Salam, 

Pada 4 Mac telah diadakan satu perjumpaan. Pada asalnya, perjumpaan ini adalah untuk berjumpa dengan ahli batch yang belajar di Mesir. Oleh sebab itu dinamakan Ooopss Pyramid, Tetapi malangnyya, tiada seorang pun pelajar Mesir yang datang atas sebab-sebab tertentu :(

Perjumpaan diadakan di Restoran Murni, Sunway pada jam 8 malam. Tiada sebarang agenda selain, makan, berborak-borak, bergambar, bergembira, bermain sehingga mata lebam.

Bersurai sekitar jam 12 malam.


Boys

Girls




29 March 2011

19 Januari, Kg Baru

Salam,


Pada 19 Januari 2011, bertempat Dr Steak House, Kg Baru telah diadakan satu perjumpaan diantara ahli batch. Selepas makan, diadakan satu mesyuarat kecil.


Topik perbincangan berkisarkan aktiviti dan sumber kewangan Jenan 06. Bagi menjana pendapatan Jenan 06, untuk memudahkan melakukan pelbagai aktiviti di masa hadapan, telah diwujudkan satu organisasi tidak rasmi iaitu Team Financial Jenan 06 (TFJ06).


Idea asal adalah daripada Mohamad Zafri dan ianya telah dibentangkan dalam perjumpaan ini yang mana telah dipengerusi kan oleh Amiruddin. 

Oleh itu, projek pertama bagi tujuan mencari sumber kewangan adalah dengan menjual Jersey SMSAH 06.  Beberapa designs jersey turut dibentangkan oleh Mohamad Zafri.


Diputuskan untuk perjumpaan seterusnya, akan ditetapkan design yang akan dicetak.






Gambar oleh : Shafiq Za'abar

blog author