30 March 2011

27 Januari , Shah Alam

Salam,

Pada 27 Januari satu perjumpaan telah diadakan di Restoran Hakem, Shah Alam. Perjumpaan dihadiri oleh, Nurul Aiman, Nurul Hidayat, Mohamad Zafri, Ash'ari, Nazirul, Nasarudin,dan Izzuddin. 

Pada perjumpaan ini, designs telah dibentangkan semula. Beberapa pindaan telah dilakukan kepada design tersebut berdasarkan komen daripada ahli batch yang hadir. Selepas menetapkan final design, Mohamad Afiq telah menerangkan detail berkenaan Jersey yang akan dihasilkan.


Tshirt Details

Design : Jenan06 tshirt9
Price : RM25
Materials : Quick Dry (Oren Sport)
Color : White


Telah diputuskan bahawa percetakan mesti dilakukan sebelum 5 Februari bagi memastikan 'tabung batch' terisi. Ini demi membolehkan aktiviti seterusnya dijalankan. Target jualan adalah bagi program Futsal Alumni 2011.

Selepas selesai perbincangan mengenai Jersey, Nurul Hidayat telah membentangkan satu kertas kerja yang telah disiapkan olehnya, iaitu berkaitan program bercorakkan motivasi. Program ini dirancang akan diadakan sekitar bulan April. Beberapa slot telah dimasukkan bagi memantapkan program yang akan dijalankan.

Perkara utama yang menjadi isu adalah berkaitan tajuk, tarikh dan organisasi bagi program ini.

Organisasi dan pengenalan berkaitan program ini akan diterangkan pada entri yang lain.

Nota: Shafiq Za'abar tak dak, tak dak gambaq.

No comments:

Post a Comment