Showing posts with label Projek. Show all posts
Showing posts with label Projek. Show all posts

30 March 2011

Update Program Motivasi

Salam,

Pada 13 Mac yang lepas, Ketua Pengarah bagi Program Diskusi Intelek Masa Hadapan, Amiruddin telah ke Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim bagi menghantar kertas cadangan projek. Perbincangan telah diadakan dengan beberapa orang guru. 

Pihak sekolah bersetuju untuk meluluskan, malah berbesar hati dengan kertas projek yang dibentangkan. Diharapkan ahli batch dapat memberikan kerjasama dengan memberi sokongan, menyertai, menyumbangkan idea dan pendapat bagi program ini. 

Isu-isu berbangkit berkaitan projek ini adalah:

1. Budget (penginapan, makanan, pengangkutan)
    1.1 Bantuan daripada pihak Alumni SMSAH
    1.2 Bayaran kepada ahli Batch yang akan menyertai
2. Peserta daripada pihak Jenan 06

Menurut perangkaan, segala isu-isu berbangkit akan cuba diselesaikan pada 21 April iaitu sebulan sebelum Program diadakan. 

Sebarang kemusyikilan, idea, pendapat sila kemukakan samada di ruangan komen, atau emailkan kepada jenan0206@gmail.com 

Jersey Futsal Alumni SMSAH 2011

Salam, 

Sempena Futsal Alumni SMSAH 2011, setelah di war-warkan pada perjumpaan sebelum ini, satu design Jersey telah di cetak untuk dijual kepada warga Alumni SMSAH. Boleh didapati dalam dua warna iaitu putih dan juga hitam, dengan harga RM25 sahaja.

Sempena acara yang dijalan, terdapat ramai pihak yang menempah Jersey ini. Pelekat kenderaan tidak dapat dijual atas sebab kelewatan pihak syarikat percetakan. 



21 Februari, Shah Alam

Salam,

Bertempat di S24 Shah Alam, perjumpaan kali ini telah dihadiri oleh Mohamad Zafri, Nasarudin, Mohamad Afiq dan Ash'ari. 

Agenda utama dalam perjumpaa kali ini pertamanya adalah bagi menyerahkan tempahan jersey yang dibuat oleh ahli-ahli batch.


Selain daripada itu, beberapa isu berbangkit berkaitan Futsal Alumni 2011 turut dibincangkan. Antaranya adalah:

1) Pemberitahuan tempat, bayaran bagi yuran penyertaan dan borang penyertaan
2) Cadangan bagi membuka 'booth' untuk menjual Jersey dan Pelekat Kenderaan
3) Cadangan bagi menjual Jersey kepada batch lain

Ini adalah penting bagi memastikan Program Diskusi Intelek Masa Hadapan yang dirancang dapat dijalankan. Oleh itu, pihak TFJ 06 berusaha untuk mendapatkan budget secukupnya.

Diakhir perjumpaan, designs bagi Jerseys dan juga pelekat kenderaan telah ditetapkan.





Maklumat lanjut boleh didapati di Jenan 2006 Outlet

27 Januari , Shah Alam

Salam,

Pada 27 Januari satu perjumpaan telah diadakan di Restoran Hakem, Shah Alam. Perjumpaan dihadiri oleh, Nurul Aiman, Nurul Hidayat, Mohamad Zafri, Ash'ari, Nazirul, Nasarudin,dan Izzuddin. 

Pada perjumpaan ini, designs telah dibentangkan semula. Beberapa pindaan telah dilakukan kepada design tersebut berdasarkan komen daripada ahli batch yang hadir. Selepas menetapkan final design, Mohamad Afiq telah menerangkan detail berkenaan Jersey yang akan dihasilkan.


Tshirt Details

Design : Jenan06 tshirt9
Price : RM25
Materials : Quick Dry (Oren Sport)
Color : White


Telah diputuskan bahawa percetakan mesti dilakukan sebelum 5 Februari bagi memastikan 'tabung batch' terisi. Ini demi membolehkan aktiviti seterusnya dijalankan. Target jualan adalah bagi program Futsal Alumni 2011.

Selepas selesai perbincangan mengenai Jersey, Nurul Hidayat telah membentangkan satu kertas kerja yang telah disiapkan olehnya, iaitu berkaitan program bercorakkan motivasi. Program ini dirancang akan diadakan sekitar bulan April. Beberapa slot telah dimasukkan bagi memantapkan program yang akan dijalankan.

Perkara utama yang menjadi isu adalah berkaitan tajuk, tarikh dan organisasi bagi program ini.

Organisasi dan pengenalan berkaitan program ini akan diterangkan pada entri yang lain.

Nota: Shafiq Za'abar tak dak, tak dak gambaq.