06 April 2011

Memori


Salam,

Oleh sebab sebelum ni tak ada satu laman blog yang memaparkan aktiviti-aktiviti Jenan 06 yang lepas, jadi entri ni cuba memuatkan semua aktiviti yang pernah diadakan.

Mungkin bukan semua dan tak ada detail yang rapi, namun diharapkan dapat merakamkan kenangan members of 06. 

1) Kanak-kanak 06 suka memanjat bukit Broga, agar sihat tubuh badan.




2) Sekitar majilis buka puasa di Putrajaya, main futsal pada waktu malam dan makan tengah malam ni Village View, Kajang







3) Kan dah kata, mereka gemar panjat Broga. Mungkin ada lagi edisi ke 3, ke 4 dan selanjutnya yang kita tak dapat kesan gambarnya dimana.



4) Gambar-gambar ketika Futsal Alumni SMSAH 2010





\

5) Gambar ketika perkahwinan Mr Farid a.k.a Besut. Orang pertama kahwin dalam Batch 06!




Gambar, credit kepada: Encik Dungun.

nota: siapa ada gambar-gambar lain atau apa-apa entri yang ingin dipaparkan sila emailkan kepada jenan0206@gmail.com

SEMOGA KITA BERKESEMPATAN MERAKAMKAN MEMORI BERSAMA SEPANJANG HAYAT.

5 tahun bersama, kita umpama saudara antara satu sama lain, sematkan kenangan yang indah, hilangkan segala dendam dihati. Semoga Allah merahmati dan memberkati ukhwah ini. 

As we go on, we remember
All the times we had together
And as our lives change, from whatever
We will still be, friends forever

01 April 2011

Rangka Jadual Program

Seperti yang kita semua sedia maklum, Program Motivasi akan dijalankan pada 21 Mei 2011. Program ini akan berlangsung selama satu hari sahaja.

Berikut adalah rangka atau jadual yang tertera didalam kertas kerja.

20 Mei 2011: Bertolak ke SMSAH


Sabtu    21 Mei 2011
8.00 pagi
Pelajar berkumpul di Dewan Besar SMSAH
Membuat pendaftaran dan mendapatkan fail masing-masing
8.30 pagi
Ucapan Ketua Pengarah
Ucapan Guru
9.00 pagi
Sesi Ice Breaking
9.30 pagi
Bergerak ke kelas untuk Slot ‘Jurusan’
10.30 pagi
Rehat dan minum pagi
11.00 pagi
Slot ‘Jurusan’ bersambung
12.00 tengahari
Rehat dan makan tengahari
2.00 petang
Slot ‘Institusi’
3.00 petang
Slot ‘Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran
4.00 petang
Ucapan Guru
Penyampaian Sijil dan Cenderamata
Sesi Pengambaran
4.30 petang
Rehat dan minum petang
5.30 petang
Aktiviti sukan
7.00 malam
Aktiviti tamat


22 Mei 2011: Berjumpa dengan guru-guru dan pulang.

Nota: Jadual tertakluk kepada pindaan, sebarang update akan diberitahu kemudian. 

Futsal Alumni SMSAH 2011

Salam, 

Pada 26 Mac 2011 bertempat di De Stadium Futsal USJ19 telah berlangsung satu acara tahunan Alumni SMSAH iaitu: Futsal Alumni SMSAH 2011

Sebanyak 49 team futsal telah menyertai perlawanan Futsal ini dan Jenan 06 telah menghantar 2 team.

1 daripada team berjaya hingga ke peringkat suku akhir dan 1 lagi team tewas di peringkat group. 



Sebahagian dari girls Jenan 06 yang hadir. 

Boys

Hero Part 1

Hero Part II




Selepas tamat perlawanan futsal, kesemua ahli batch yang hadir telah pergi ke Restoran Darusalam untuk makan 'tengahari'. *Arham belanja Nasi Lemak Ayam*. Bayar zakat jual sari katanya. Thank you Pa'am!

sementara menunggu makanan sampai. 

makan


Akhir kata, semua yang hadir telah menyemarakkan lagi event kali ni. Terima kasih sebab sudi hadir dari utara ke timur, barat selatan, barat daya, dll dan meluangkan masa bersama-sama. Semoga dengan adanya event begini, hubungan ukhwah yang ada tetap terjalin sampai akhir hayat.  Kepada kedua-dua team yang bertanding, tahniah dan cuba lagi tahun depan!:) 

Korang semua the boom! 

Kalau ada sumur diladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

****
Makan sejemput rasanya kelat,
Pergi ke Banting,membeli gula,
Adat hidup bertegang urat,
Apa yang penting, bersatu semula.

Gambar tentulah hak milik Mr Shafiq Za'abar. Boleh x jadi photographer rasmi batch 06? :D
2 keping gambar milik Faizul Khairi (senior)