30 March 2011

Update Program Motivasi

Salam,

Pada 13 Mac yang lepas, Ketua Pengarah bagi Program Diskusi Intelek Masa Hadapan, Amiruddin telah ke Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim bagi menghantar kertas cadangan projek. Perbincangan telah diadakan dengan beberapa orang guru. 

Pihak sekolah bersetuju untuk meluluskan, malah berbesar hati dengan kertas projek yang dibentangkan. Diharapkan ahli batch dapat memberikan kerjasama dengan memberi sokongan, menyertai, menyumbangkan idea dan pendapat bagi program ini. 

Isu-isu berbangkit berkaitan projek ini adalah:

1. Budget (penginapan, makanan, pengangkutan)
    1.1 Bantuan daripada pihak Alumni SMSAH
    1.2 Bayaran kepada ahli Batch yang akan menyertai
2. Peserta daripada pihak Jenan 06

Menurut perangkaan, segala isu-isu berbangkit akan cuba diselesaikan pada 21 April iaitu sebulan sebelum Program diadakan. 

Sebarang kemusyikilan, idea, pendapat sila kemukakan samada di ruangan komen, atau emailkan kepada jenan0206@gmail.com 

Jersey Futsal Alumni SMSAH 2011

Salam, 

Sempena Futsal Alumni SMSAH 2011, setelah di war-warkan pada perjumpaan sebelum ini, satu design Jersey telah di cetak untuk dijual kepada warga Alumni SMSAH. Boleh didapati dalam dua warna iaitu putih dan juga hitam, dengan harga RM25 sahaja.

Sempena acara yang dijalan, terdapat ramai pihak yang menempah Jersey ini. Pelekat kenderaan tidak dapat dijual atas sebab kelewatan pihak syarikat percetakan. 



4 Mac, Sunway

Salam, 

Pada 4 Mac telah diadakan satu perjumpaan. Pada asalnya, perjumpaan ini adalah untuk berjumpa dengan ahli batch yang belajar di Mesir. Oleh sebab itu dinamakan Ooopss Pyramid, Tetapi malangnyya, tiada seorang pun pelajar Mesir yang datang atas sebab-sebab tertentu :(

Perjumpaan diadakan di Restoran Murni, Sunway pada jam 8 malam. Tiada sebarang agenda selain, makan, berborak-borak, bergambar, bergembira, bermain sehingga mata lebam.

Bersurai sekitar jam 12 malam.


Boys

Girls